Thursday, March 22, 2012

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada

apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak

dari jenis emas, perak, kuda pilihan,

binatang-binatang ternak dan sawah ladang.


Itulah kesenangan hidup di dunia,

dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."

[Ali 'Imran, 3:14]



Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku. Seperti insan lain, a


ku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah lama terpendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. perasaan yang hanya terpendam tanpa boleh diluahkan. tanpa ada kata-kata yg terungkap. :(



Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.


Jasad aku dan dia tidak terpisah jauh. Hati aku dan dia beribu batu menjauh. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

p/s: untuk peringatan diri sendiri dan semua! :)


No comments:

Post a Comment