Aku pernah dengar orang cakap dan pernah baca dalam artikal,
kalau kita nak minyak wangi yang kita pakai tahan lama, semburkan minyak wangi
pada nadi antaranya di pergelangan tangan, leher dan sebagainya. Sungguhpun
begitu, selama ni aku pakai minyak wangi pada tudung. Kenapa? Sebab, kalau
pakai pada tudung, waktu nak solat nanti tudung akan dibuka. "Confirm"
la minyak wangi yang aku pakai semuanya ada alkohol sebab semua minyak wangi
yang aku ada buatan luar negara. Orang kata kalau buatan luar negara tu
"confirm" ada alkohol. Orang kata lagi, minyak wangi yang ada alkohol
tak boleh bawa solat, tak sah. Betulkah?
Semalam, kawan aku pakai minyak wangi mont blanc
kepunyaanku. Dia sembur di nadi dan baunya tahan lama. Tak macam aku pakai
selalu. Adakah sebab cara pemakaian atau Mont Blanc sememangnya tahan lama?
Tapi kawan aku cakap, selama ni aku pakai tak bau macam kawan aku yang ni
pakai. Hari ni aku nak buat eksperimen pada Elizabeth Arden pula. Selama ni
kalau aku pakai rasanya macam tak tahan lama kalau tahanpun tak macam kawan aku
sembur kat nadi sedangkan minyak wangi tu ori. Betulkah pakai kat nadi baunya
lebih tahan lama? Nak tahu? Kenalah cuba.
Kejap, kejap, kalau pakai kat nadi nak solat nanti macam
mana? Takkan nak mandi kot? Hari ni aku terfikir, selama ni, aku hanya dengar
orang cakap je minyak wangi tak boleh bawa solat. Aku tak pernah tanya kenapa
tak boleh bawa solat. Setiap apa yang Allah larang tu... Mesti ada sebabnya.
Kalaupun Allah sudah terangkan sesuatu itu haram, pasti ada logik keharamannya
dari sudut sains pula. Lantas, akupun merayau-rayaulah dalam google mencari
sebab haramnya pemakaian minyak wangi dalam solat. Hasil daripada
berlegar-legar di ruang google, inilah penemuannya:
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan
Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara
lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku
(jika ada).
Alkohol terdiri daripada pelbagai bahan kimia iaitu Ethanol
atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain. Dalam minuman keras, ethanol ialah
bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak dicampurkan.
1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu
dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi
alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak
najis dan tidak haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak
samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram
diminum.
3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan
yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.
4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan
makanan tidak najis dan halal dimakan.
5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah
dimaafkan.
1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman
ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan
pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak
memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.
è
Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah
" dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam
minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan
roti adalah harus.
è
Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh
dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah
nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai
kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
è
Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk
minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan
sebagai campuran di dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman,
makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek
dan minyak wangi.
è
Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun.
Ia ada daya membunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak
adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap
yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan
itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak
najis manakala arak tetap najis.
Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka
jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya
dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan
makanan tidak
najis dan boleh di makan.
è
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan
alkohol adalah harus dan dimaafkan.
*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah
al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan
pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):
MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ
Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.
Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?
Jawaban:
è
Mengenai alkohol dalam minyak wangi, telah
majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang
baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun
sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis
ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).
Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan
mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur
menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas
bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya,
akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat
padat atau cair dalam berat yang sama.
Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka
setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol
yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan
ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai
energi kinetik: Ek=1/2 mv2.
****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh
di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:
Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram
hukumnya?
Jawab:
è
Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal
hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.
è
Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya
untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa
negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya
disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.
Kesimpulan:
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa
alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan
sembahyang tanpa ragu lagi.
Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan
dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan mereka yang
berkepakaran dalam bidang berkenaan.
Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang
semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.
Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum
Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja
dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.
Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada
sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan
sebahagiannya mengatakan tidak najis?
Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu
tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)
Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa
bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah
seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang
lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah
maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus
mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam
mazhab berkenaan.
Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa
rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab.
Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham
dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna
saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah
yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan
bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di
dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya
berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan desas-desus dan khabar-khabar angin.
Sumber: halakah.net
Ini pula tulisan dalam sebuah blog:
Merujuk kepada:
1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang
ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu
TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa
masuk dalam solat? Who knows)
3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta
Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi
alkohol HALAL
4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab
” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam
minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah
HARUS.
5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang
masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS
dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil
yang tegas tentang kenajisannya.
sila hayati ^_^
Sumber: theotherkhairul.blogspot.com
No comments:
Post a Comment