Friday, July 26, 2013

MACARONS!!

sy ni dah boleh ganti anna alson dah ni. asik la dok post recipes.


hehehehhe. tapi kasi tuka. KINA ALSON! hahahaha




oke. sudah. hentikan semua ini. time for MACARONS! sebelum tu. kasi terliur dulu ye.
















orait. dah boleh start. atas permintaan ramai. sy masukkan recipes dalam ni ye anak anak.

Bahan-bahan:-

150g Putih Telur ---- Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari awak nak buat macarons tu dan biarkan pada suhu bilik!!! patuhi PERATURAN!!
100g Gula Caster --- Gula biase tuh..
180g Serbuk Almond --- kalau tak de. senang je.. kacang almond tuh.. hamek. blend kasi halus halus.



270g Gula Icing --- Gula biase tuh, blend sampai jadi sehalus dadah.hahahahahahahaha.
Secubit Cream Tartar --- sy tak masukkan. sebab takde. hahahahahahha. 
Pewarna -- Gunakan yang pekat. jangan guna yang cair!!kalau tak jadi jgn salahkan org!



Cara-cara buat macarons:-

i.  Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
ii  Putar putih telur sampai bertanduk.
iii Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. ---- Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh. Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.INGAT!!

iv. Masukkan pewarna. Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.

v. Ambil serbuk almond dan gula icing yang diayak tadi dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat. Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu sambil nyanyi lagu owwhhhh bonda ku.....bondaku. si ikan kaloi...... mendayu dayu. kacau perlahan penuh kasih sayang.



vi.  Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.



vii. Biarkan macarons rehat selama 30 minit. Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan. Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.

viii. Bakar macarons dalam 10 minit dalam 160ºC. Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.



Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar. 

Bila dah sejuk. angkat. letak filling!!!

Cara membuat filling:

Ikot cita rasa masing masing. kalau nak letak strawberry ke. blueberry ke beri beri ke acai beri ke. semua la boleh. hahaha. macam sy, disebabkan macarons ni MANEH LETING. sy buat filling MASAM. it's a good combinations right? naaaahhh

Bahan bahan:-

200g Cream Cheese
Sebiji lemon

Cara cara:-

Putar Cream Cheese sampai likat. Sagat kan kulit lemon tadi, masukkan dalam cream cheese serta perah semua jus jus lemon itu juga! done!

masuk dalam piping bag, pastu pipe kat center macarons, and sandwich kan nye!
DONE!



TIPS

Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons. Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.



PERINGATAN

Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.



Sangat elok lah kalau cube nak nak raye ni. hehehehe.

Terima Kasih sudi membaca.



Tuesday, July 16, 2013

DURIAN CREPE

hai semula.hehehehehe*gelak gedik.
dan apabila tiba bulan puasa ni. hamek!!! time keje asek cite pasal MAKANAN. dan oleh kerana permintaan banyak. saya mempersembahkan SENI hasil tangan! hahahahaha. mr.google.
saya tolong buat durian crepe oke. uweee..

semua bahan sangat senang di carik! tesco, giant, jusco, kedai runcit 1malaysia pon ade. jangan risau!


Bahan-bahan :
i.                     Durian
ii.                   250 gram Tepung Gandum
iii.                  500ml Santan
iv.                 2 Biji Telur
v.                   100ml Air
vi.                 1/2 sudu teh garam
vii.                1 sudu teh pewarna
viii.              Satu botol kecil Whipped Cream

Cara-cara:

i.                     Masukkan bahan-bahan ii hingga vii tadi dalam satu blander.



ii.                   Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair.
            Kalau tak tapis nanti berketul.. tidak CANTEK!!!



iii.                  Panaskan pan. Kalau ada pan nonstick lagi ohsem.
            JANGAN LETAK MINYAK!!!



iv.                 Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
v.                   Apabila adunan telah menjadi crepe, letak kat pinggan sehingga sejuk
vi.                 Crepe yang telah sejuk tak perlu diterbalikkan.
vii.                Lenyek durian.. Kemudian letak Whipped Cream atas crepe tadi..
            diikuti dengan durian lenyek..





*hari ni mood happy. Tambah vanilla ice cream dalam durian crepe ini. WOWW!!!! Tak tido malaammm!*

viii.              Lipat 4 crepe tersebut.DONE





Jemput mencubaa..
Terima kasih sudi baca..



RAMADHAN

setelah sekian lama tak update entry.. naahhhhhh. BERSAWANG YAWWW!

almaklumlah.. seperti biasa.. saya ni ALgendut ALpemalas. uweee... ade mood. baru update entry..

kina nak share something.. sekarang kina tengah INTERNSHIP!!
wooooowwww!~ hahahahaha. which mean... sudah mahu habes STUDY MAAAAAAAAAAAA! ohsem!
tempat pilihan:






company ni company semiconductors. so, sgt related with my bachelor.. so.. proceed!! masuk 24hbln june haritu.. :) sekarang dah 3 minggu dengan NXP. kina department innovation. NPI. hikhik.

mereka dalam department ni sangat ohsem. nice people around you would make u a better performance on ur job right? high quality too.. *semangat habes*




SUPER budak ni.. adalah tour guide masa first masuk company.. hikhik. even die baru 20tahun.. she can get herself into the company well. admire her as well. hehehe. nurul izzatti nama diberi. panggil etty sahaja. thanks darl for the ilmu that i can't get somewhere else. halalkan semua nya. akak will follow ur nasihat and carry on ur job as well. sbbnyeee. die sudah mahu habes internship.. hikhik. *maaf curik gambar*kasikpemes*

and.. i represent to you. rakan rakan sekerjaya.





from left: zue,ehemehem,saadah,ain.
ade sorang lagi. si zira. tp die special case. uweeee....

habes.sambung.

it's SELASA!

sudah genap seminggu berpuasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah.. semua nya baik baik belaka.. untuk pembukaan. memPERSEMBAHKAN~ juadah berbuka puasa pada hari ini..












bruuuppppp. Alhamdulillah.. settle semua.

selamat berpuasa~
terima kasih sudi baca.