DOA DAN ZIKIR PENGHAPUS DOSA
Berikut ini adalah beberapa tuntunan Rasulullaah saw. tentang amal-amal yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, r.a. bahwa Nabi saw. bersabda:
“Barangsiapa mengucapkan
‘ Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syaarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir‘
seratus kali akan memperoleh ganjaran sebagaimana membebaskan sepuluh budak, dan seratus kebaikan akan dicatatkan atasnya, dan seratus dosa akan dihapuskan dari catatan amalnya, dan ucapan tadi akan menjadi perisai baginya dari Syaithan pada hari itu hingga malam hari, dan tak ada seorangpun yang bisa mengalahkan amal kebaikannya kecuali orang yang melakukan amal yang lebih baik darinya.” [Shahih Bukhari]
“Barangsiapa yang membaca
'Subhanallah'
sehabis tiap bershalat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca
'Alhamdudillah'
sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula membaca
'Allahu Akbar'
sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan keseratusnya ia membaca:
'La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir'
, maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan.” [Shahih Muslim]
“Barangsiapa yang mengucapkan:
'Subhanallah wa bihamdih -Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya-'
, dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan.” [Muttafaq 'alaih]
Dari Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ’anhu ia berkata:
“Jika Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam hendak bangun dari suatu majlis beliau membaca: Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika (Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu)”.
Seorang sahabat berkata: “Ya Rasulullah, engkau telah membaca bacaan yang dahulu tidak biasa engkau baca?” Beliau menjawab: “Itu sebagai penebus dosa yang terjadi dalam sebuah majlis.” [RIwayat Abu Dawud]
----------------------------------------
ini ada sedikit info.. hope dapat membantu mengubah tanggapan dan pandangan sesetengah pihak... ini bukan untuk melindung atau menegakkan wanita.. bukan bukan! tapi.. hanya information.. yang saya sebagai penggemar PENCARI info.. untuk BERKONGSI..saya ulangi.. BERKONGSI apa yang telah me baca di dalam paparan internet.. semoga semua ini serba sedikit dapat mengubah persepsi sesetengah pihak.. hehe
-------------------------------------------------------------
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK
*highlight!!! tidak ye.. diulangi.. TIDAK!
Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama.
Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. *highlight..
KURANG TEPAT
Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. diulangi.. TIDAK
Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.
Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.
Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
sekian.. itu adalah hasil pembacaan me dalam satu artikel dalam internet yang me jumpa..
p/s: sila rasional ye sang arjuna
No comments:
Post a Comment