Saturday, October 20, 2012

BAD side of me

dan apabila diriku rasa sangat terhina.. dalam mase dok membelek2 macam2 laman web... 
dok belek belek web shopping online..
dok carik shawl baju kasut dan lain lain..
terjumpa web yang menceritakan tentang

 DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SWT 

 mula mula baca tajuk je dah rasa CUAK sgt...
apatah lagi nak klik. macam macam dok PK. 
tp me ni bukan boleh tahan.. haha
KLIK dgn BANGGA nye. sekali keluar lah segala isi kandungan tersirat 
dalam web tuh.. 

------------------------------------------------------------


DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Definisi: 
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.


Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.


Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.


Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Sumber: al-islam 

-----------------------------------------------------------

lantas selepas baca sebutir sebutir isi web tu..
NAAAAAHHHHHHHHHH!!!

MENANGIS WEYH! kesal !
kan dah kena batang HIDUNG sendiri..tahniah kepada diri sendiri..
hahaha. haih.. what to do?
what should i do as the first step?

macam macam lah me pk.. aigoo #tetibe.

banyak sangat dah mengumpat orang..
then.. terus je malam tu me msg semua semua lah list name dalam cntct yang me pernah ngumpat.
text msg phone mungkin lebih afdal kot..
so me just text and say sorry and suruh mereka maafkan segalanya..
they keep on msg me why i suddenly text mcam tu..
so just explaining everything and everything.

note:
dear friends,

saya SAKINA NOORSHEILA BINTI BAHRUDDIN ingin meminta 
maaf atas segala kesalahan saya kepada anda semua. andai kate sesiapa membaca entry ni..
mohon ampun !! ampunkanlah segala kesalahan saya... sila lafaz kan 
yang anda semua maafkan saya~!

arghhh. haih.. dalam kita mengejar untuk belajar kebaikan..
akan sentiasa datang satu per satu kesalahan anda terdahulu dihadapan anda..
dan anda akan sentiasa rasa bersalah.. dan yang penting MALU kepada ALLAH SWT. 

me amek benda ni dan telan sekuat kuatnya. :)
me sedapkan hati dengan terus menerus mencari bagaimana untuk berubah..
bagaimana untuk meminta maaf...

bila gadget dah makin maju.. makin senang jugak lah untuk orang berdakwah..
berubah ke arah yang lebih baik... 
lebih senang untuk melihat dunia...
dan.. tak lupa.. ianya juga akan merosakkan anda jika DISALAHGUNAKAN!
bukan nya salah teknologi itu sendiri.. 
#sesetengah orang perlu tahu dgn mendalam sebelum HEMBUS.
as me myself...




galaxy s plus menjadi pilihan.. hahahaha.. :)
tak lah..saje je.. nak cakap.. me install software doa doa..
supaya senang me dgr and ikot dalam hati..
me ni tak pandai.. so tak boleh nak bace ikot suke pakai balun je doa mende..
so kene ade guide.. humm.

banyak lagi me buat untuk sedapkan hati dgn artikel dalam web tuh..
me banyak tgk quotes islam.. supaya rase semangat.. kalau tak...
rase down die macam hape je...
tapi semangat kena kuat.. COME ON! =)

 





p/s: to all friends.. maafkan segala kesalahan, tuturkata, herdik hina dan sebagainya. moga kite semua diberkati.. amin. ='(
 

No comments:

Post a Comment