Tuesday, October 16, 2012

J E R A W A T

hai
i do hate this one WORD   

 -  J E R A W A T -

haih. ini adalah sahabat kepada kaum perempuan... 
tapi.. sahabat yang sangat di benci...

orang kate.. bende yang paling dekat dgn kite tu lah yang kite benci... hahahahaha... 
HAMAK LEW~

sekarang ni mungkin hormon dah tak betol.
jerawat naik dgn sangat mendadak..

tangan ni sengal. tak dok diam. asek la nak sentuh muka. haa. kan dah beparut sane sini. HADAP LA!

persoalan demi persoalan.. bila dah meningkat usia dan bertukar status menjadi GADIS GADIS ni..
memang banyak lah masaalah yang dihadapi.. period pain lah.. jerawat lah.. gemuk lah..
NORMAL.. tu semua orang mesti akan melalui nye.. 

sume ni pengalaman.. harus di tangani masaalah ni sebaik mungkin utk kite share dgn ANAK nanti!!!
#hehehehe.



KENAPA JERAWAT TUMBUH?


Kenapa jerawat tumbuh ni? Kenapa ada pimples baru? 
Bila pulak jerawat ni naik? Pasepa jerawat suka tumbuh bagaikan cendawn lepas hujan ni?
Sudah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula. 
Don’t worry, uolls adalah normal.
I did this sometimes, eh all the time, bila ada jerawat baru kelihatan di sekitar muka. 
Dah tahu kenapa, tapi boleh jugak tanya. 
Dah dah masuk category silly question, apa yang kita tanya tu. Kesian soalan.


FAKTOR FAKTOR 

Make Up
 ini adalah salah satu KEGEMRAN gadis gadis....KAN KAN????
JANGAN kate TAK la kan??? hehehehe...
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Genetics
YA!! faktor genetics.
Cuba tanya mak ayah tok nenek uolls, dalam linkungan umur uolls, jerawat dorg pesat membangun tak? Kalau yes, anda malang. Kerana membawa gene tersebut. Eh, tak malang, cuma kurang bernasib baik heehee. Perlu mentally and physically prepared ya kawan kawan HAHA Perlu kah?

Hormone 
So yeah, hormonal imbalance. Yang buatkan oil secretion kat muka menjadi jadi.
Especially bila mengalami puberty. 
Makanya, bersedialah setiap bulan untuk cakap ‘hello’ kepada jerawat baru =.=””

Pakaian
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Matahari
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Kebersihan
Directly, ianya bukan factor kebersihan. I mean 50-50 lah.
Bila active sangat, muka akan sweating but don’t worry, peluh tak harm pun.
Tapi bila ada minyak secreted melalui liang liang kat muka, that causes acne T_T Bacteria pun.
Tangan pegang merata rata, last last sentuh sentuh muka #sigh! TEKANAN

Pemakanan
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.


Faktor lain pun. Macam irritation bila pakai produk yang tak sesuai dengan kulit muka u'olls macam makeup stuff. Environment or something something.
One more thing, kulit berminyak dan kulit lembap adalah dua benda berbeza. Mentang mentang kulit muka jenis oily, dah yakin tak perlu moisturiser. MISCONCEPTION
Kulit berminyak means, kulit uolls banyak secrete minyak
kulit lembap means kandungan air yang cukup!
Faham? Minyak and air adalah dua benda berbeza. hehehehe..

 ada certain orang yang akan tumbuh jerawat kat anggota badan.

WHY?
(Take a look)

DAHI
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) 
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


another issue is how to prevent !!

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.


2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah


3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap


4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.


5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.


6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.


7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.


8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.


9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih


10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.


12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu


13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan


14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.



now let see something that we can do at HOME by our OWN!!!

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk
kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat.
Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.#jgn makan yang dah letak kat muke tu pulak!!

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini PALING ME SUKE DAN SEDANG amalkan sebab SENANG!!


6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
 ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam. Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita. Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya.

 

 kenapa semua ni jadi isu?
hehehe. sebab..

Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat.
Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita.
Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk me sendiri. so me rase nak
share ngan u'olls semua tu..hehehe. 

now share a bit ciri ciri lelaki KACAK dr perception of mine.
setiap orang maybe lain kot TASTEnye. 
hehehehehe






haih. boleh gile macam ni.. chOi!
suke ngat. >.< day dreaming of having them as a date.
walawehhh....!




erkk. ni termasuk? hahahaha. hey hey.
yang atas ni TAKEN dah oke. wahahahaha.

 now let see prety gadis in the perception of mine.











 they were so beautiful... thats fact. >.< 


dah dapat body camni baru stop work out.
HOYEH. AIM! >.< be nice to me wahai BODY shape.





eyh eyh. insan di atas ni ketegori GADIS JELITA oke. note that!
don't u dare hurting them. hehehe. #luv u




p/s: day dreaming




No comments:

Post a Comment